Friday, August 27, 2010

Umno ni memang xsedar diri !! Salah Penyamun Umno juga dahulu benarkan kilang ini dibina !

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor, lapor HarakahDaily.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga menteri pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanyalah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Noh dalam wawancara itu secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak berkenaan.
'Berenang dalam arak'
Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun gagal berbuat demikian.

Khalid bagaimanapun menjelaskan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.
Jelasnya, lawatannya ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang berkenaan mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang turut dibangkitkan oleh Noh ketika diwawancara Malaysiakini, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, katanya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Har har har har har har har .............

Ni sorang lagi penyamun umno yang bodoh...

Yang korang marahkan Pakatan Rakyat kenapa Noh oi ??

Pakatan Rakyat hanya mewarisi la kilang tu...

Siapa yang meluluskan kilang arak tu zaman pemerintahan Penyamun Umno ?

Sepatutnya kau tentang ketika sebelum penubuhan kilang tu lagi...

Bukannya setelah kilang tu didirikan... BODOH !!

Kau jangan cuba untuk menyalahkan Pakatan Rakyat !!!

Ini semua salah Penyamun Umno yang mana kau terut menganggotainya !!

Kalau kau dah tahu salah pemibinaannya kenapa dari dahulu kau tidak halang ??

Itu pun kalau kau rasa kau bertanggungjawab terhadap negara dan Islam !!

Zaman sekolah dulu cikgu suruh belajar agama xnak...

Sekolah bertingkat-tingkat
bodoh pun berlapis-lapis!!

Hanya tahu menunding kesalahan orang tapi diri sendiri jalan pun bengkang bengkok !!

Nampak gaya bertahun-tahun lagi la Penyamun Umno menjadi pmbangkang di negeri Selangor !!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 !!
HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 !!

No comments:

Post a Comment