Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah
Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.
Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak.
Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisis kewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehingga Disember 1997.
Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta.
Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku Datuk Badlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagian itu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekas ketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cuti bermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby.
Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadapan dengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersama di beberapa negara luar.
The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusi pelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujah bahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby.
Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan.
Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburan ini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby.
Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas.
Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu.
Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir bulan ini.
"Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara “en bloc” atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion.
Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni disebabkan apa sampai macam tu sekali boleh rugi ???
Setahu aku banyak pelaburan yang dijalankan oleh Sime Darby tapi mana keuntungan?
Xkanlah da habes disapu oleh penyamun umno???
Najib bukan tahu nak uruskan dengan baik Sime Darby ni..
Apa yang ketua penyamun ni tahu bercuti jek...
walaupun tahu apa yang bakal berlaku.....
Ntah-ntah lembaga pengarah pun turut terlibat sama menyamun Sime Darby demi kepentingan sendiri mahupun politik..
Dah lah hari tu pasal MAS rugi ni pulak Sime Darby...
Macam mane ni lepas satu-satu.
Hanya kerugian dicatatkan..
Sedih aku memikirkan kembali apa yang berlaku....
Fikirlah demi negara... Bukan untuk mengayakan negara tapi bikin negara makin miskin....
Ni belum cakap pasal kapal selam yang tak boleh menyelam..
Sah penyamun ni semua tahu mengenyangkan perut sendiri , tapi rakyat yang merana dan menanggung beban....
No comments:
Post a Comment