Saturday, September 11, 2010

NAJIB KOMITED NAK LAKSANA IMPIAN WAWASAN 2020 ???

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
KUALA LUMPUR, 11 Sept - Datuk Seri Najib Razak mengetepikan kebimbangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perkasa dan juga segelintir ahli Umno dengan menegaskan, pentadbiran beliau masih komited untuk melahirkan “satu masyarakat Malaysia yang seimbang” selaras dengan Wawasan 2020 diilhamkan bekas perdana menteri itu. “Kami masih komited dari segi melahirkan masyarakat yang seimbang, yang akan membawa kepada kestabilan jangka panjang.
“Apa yang hendak saya katakan di sini ialah apa yang dapat dilaksanakan ketika masa lalu mungkin tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang,” kata Perdana Menteri dalam wawancara dengan Martin Soong menerusi CNBC Asia yang disiarkan pagi ini.
“Jadi kami hendak mengkaji semula cara kita hendak melaksanakan tindakan afirmatif (yang digariskan oleh Dasar EKonomi Baru dan matlamat Wawasan 2020), tetapi bukannya mengubah keseluruhan matlamat (asal).
“Tapi cara ia hendak dilaksanaakan supaya lebih jelas, telus, dan juga seharusnya lebih mesra pasaran,” kata Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional.
Najib yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan berkata, keseluruah matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) bukan mengubah sasaran makro, tetapi bagi memastikan apa yang hendak dilaksanakan boleh diterima oleh semua pihak dan kelihatan adil.
“Mungkin orang bimbang (dengan pendekatan ini), tetapi ia bukan sesuatu yang baru,” kata beliau.
Dr Mahathir bersama Perkasa dan segelintir ahli Umno menggesa pentadbiran Najib supaya melaksanakan MBE sehingga boleh mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
Bulan lalu Ibrahim juga meminta Najib menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan konsep 1 Malaysia atas alasan gagasan itu bukan merujuk kepada kesamarataan hak kaum.
Dalam temu bual itu, Najib juga mengetengahkan pandangan beliau bahawa Malaysia masih boleh kekal dengan status quo dan menjalankan perniagaan menggunakan pendekatan sedia ada.
Bagaimanapun beliau yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada awal April 2009 memberitahu, melihat perangkaan dan prestasi semasa itu “bukan opsyen yang ada” bagi Malaysia.
“Jika kita tidak melakukan perubahan dan pembaharuan, Malaysia akan ketinggalan.
“Kita perlu mengakui keadaan ini dan kita akan ketinggalan dari segi daya saing kita.
“Saya melakukan semua ini kerana (saya) komited untuk mahu mencapai (sasaran) Wawasan 2020,  yang diperkenalakan oleh Tun Dr Mahathir pada 1990,” kata Najib sambil menambah, pentadbirannya “masih mahu melihat ia berlaku.”
“Kami hendak merealisasikan Wawasan 2020,” katanya lagi.
Menjawab soalan bahawa pihak-pihak berkenaan menentang pendekatan beliau yang diperkenalkan ini, Najib menjelaskan, mereka tidak menentang pentadbirannya.
“Mereka bercakap tentang hak bumiputera... sebenarnya kami tidak mengambil apa-apa daripada mereka. Cuma kami berkata mahu menggunakan cara lain untuk mencapai (matlamat asal),,, dengan itu, kami hendak mengambil kira kepentingan kaum lain sebab kami hendak mencapai 1 Malaysia,” katanya lagi.
Dalam kenyataan terbaru 6 September lalu, Najib berkata usaha memperkasa sumber-sumber pertumbuhan ekonomi baru, mencipta ekonomi domestik yang berdaya saing dan memastikan kebolehmapanan pertumbuhan ekonomi adalah antara lapan perkara yang terangkum dalam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang akan memacu MBE.
Perdana Menteri berkata perkara lain yang terangkum dalam SRI ialah mengupaya kembali sektor swasta, membangun tenaga kerja berkualiti dan mengurang kebergantungan tenaga kerja asing, memperkasa sektor awam, tindakan affirmatif
yang telus dan mesra pasaran serta membina asas pengetahuan dan infrastruktur.
Najib berkata SRI ini perlu dipastikan kejayaannya kerana ini merupakan satu cara dan kaedah membolehkan pencapaian matlamat yang diharapkan iaitu menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
Selain menjadi pelengkap kepada MBE, Perdana Menteri berkata lapan SRI itu akan merentasi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
“Jika kita dapat meneruskan kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang mampan, ia akan menjadi pelengkap kepada apa yang dianggap sebagai agenda kerajaan ke arah matlamat dan impian semua,” katanya.

KAH KAH KAH KAH !!!!

MENGGUNAKAN ACUAN SENDIRI UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020??

UNTUK MENCAPAI CITA-CITA KAU SENDIRI BOLEH LA NAJIB !!!!

RAKYAT BUKAN KAU DOK AMBIL PEDULI !!!

KO ROMPAK DAN TINDAS RAKYAT !!!

TERUTAMA MELAYU !!

LAGI PUN KAU LEBIH SUKA TURUT KATA-KATA BINI KAU !!!

KAU LEBIH SUKA TENGOK NEGARA DAN BANGSA KAU TERUS DITINDAS !!!

KAH KAH KAH KAH...

INIKAH PEMIMPIN PENYAMUN UMNO YANG MENGATAKAN INGIN MENGGUNAKAN ACUANYA SENDIRI UNTUK MENCAPAI CITA-CITA WAWASAN 2020 !!!

RAKYAT DAH TAK PERCAYA DENGAN KEPIMPINAN KAU DAN PENYAMUN UMNO !!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

No comments:

Post a Comment